Syeikh Muhammad al-Ghazali - Tokoh Ulama, Pendakwah & Mujaddid



Syeikh Muhammad al-Ghazali - Tokoh Ulama, Pendakwah & Mujaddid


22 September 1917 adalah tarikh kelahiran Syeikh Muhamad al-Ghazali di wilayah Buhairah, Mesir.


Menghafaz al-Quran di usia awal kanak-kanak kemudian mendapat pendidikan menerusi ayahnya dan masuk ke maahad al-Azhar bagi memperolehi didikan dalam subjek agama.

Mencapai ijazah sarjana dalam kuliah Usuluddin. Kemudian menamatkan pengajian Sarjana (master) dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan pada tahun 1942 +-.

Seorang ulama yang tegas, pendakwah yang berpengaruh, tokoh pemikir yang membawa pembaharuan serta pejuang yang bersemangat.

Beliau berhadapan terhadap pemerintah politik Mesir, menyampaikan ceramah yang membuka minda dan hati ummah menerusi ucapan dan penulisan, menyeru kepada kesatuan ummah kalangan dunia Islam, tegas mempertahankan isu al-Quds, membela hak wanita, menentang dakwah kristianisasi serta mujaddid yang menyeru kepada ijtihad bagi isu isu semasa.

Menyertai Ikhawul Muslim di zaman Hasan al-Banna dan kemudian keluar (dipecat) di zaman Hasan al-Hudhaibi kerana beberapa isu perselisihan faham dan maklumat. Tetap bersemangat berdakwah dan berjuang.

Beliau pernah ditangkap serta diseksa dan dipenjara zaman Raja Farouq dan juga Presiden Jamal Abdul Nasir.

Buku beliau yang kontroversi di pihak pemerintah Mesir iaitu الإسلام والاستبداد السياسي. Kata kata beliau yang tegas bahawa :

"Tidak ada kebebasan di mana ada kezaliman politik, tidak ada agama di mana ada kezaliman politik, dan tidak ada peradaban di mana ada kezaliman politik."

Beliau pernah berkhidmat di masjid, kementerian wakaf, mengajar di universiti al-Azhar serta universiti di Arab Saudi.

Meninggal dunia pada 9 Mac 1996 di Riyadh, Arab Saudi. Dikemudian di Madinah atas wasiatnya.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman


Comments