Syeikh Prof Dr Ahmad Fahmi Abu Sunnah - Phd Pertama Universiti al-Azhar Dengan Gelaran "Ustaz"

 



Syeikh Prof Dr Ahmad Fahmi Abu Sunnah - Phd Pertama Universiti al-Azhar Dengan Gelaran "Ustaz"


Syeikh Ahmad Fahmi Abu Sunnah dilahirkan pada 1909 dan meninggal dunia pada 2003. Beliau merupakan pelajar al-Azhar pertama yang memperolehi Ijazah Kedoktoran (PhD) dari Universiti al-Azhar.

Beliau mendalami bidang ilmu fiqh dan usul fiqh. Menyambung ke peringkat PhD pada tahun 1935 dan menamatkan pengajian pada 1941. Tesis PhD beliau berkaitan penyelidikan uruf dan adat dalam pensyariatan Islam.

Sesi viva beliau dianggotai oleh 5 panel yang diketuai sendiri oleh Syeikhul Azhar ketika itu, Syeikh Muhammad Mustafa al-Maraghi. Selain itu ialah mufti Mesir ketika itu Syeikh Abdul Majid Salim (juga menjadi Syeikhul Azhar selepas itu), Syeikh Ahmad Bik Ibrahim, Syeikh Mahmud Syaltut (juga menjadi Syeikhu Azhar selepas itu) dan Syeikh Yusuf al-Marsofi.

Sidang viva dibuat di bangunan lama Kuliah Syariah di Syubra, Kaherah. Sesi viva dibuat secara terbuka dan dipenuhi ramai kalangan ulama kerana Syeikhul Azhar, Syeikh Muhammad Mustafa al-Maraghi turut menjemput para ulama lain hadir menyaksikan sidang viva yang bersejarah tersebut.

Beliau merupakan pelajar azhar pertama dengan gelaran "Ustaz". Gelaran "Ustaz" adalah bagi mereka yang berjaya menamatkan PhD. Gelaran ini kemudian diubah kepada Dr pada tahun 1961 pada zaman Syeikh Mahmud Syaltut.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments