"Saya Tak Kesah" - Jawapan menjerat diri ketika sesi temuduga

 


"Saya Tak Kesah" - Jawapan menjerat diri ketika sesi temuduga.

Temuduga dilakukan kepada mereka yang disenarai pendek berdasarkan dokumen yang dilampirkan sama ada pada kelayakan akademik mahukun pengalaman dan aktiviti sosial kemasyarakatan serta kepimpinan yang ada.

Dalam temuduga jangan biasakan jawab "saya tak kesah" walaupun pada niat asalnya menunjukkan kita macam tidak banyak songeh seperti bila ditanya boleh tak kita buat itu dan ini bila dipanggil bekerja, maka kita jawab : saya tak kesah.

Ini kerana, trick dari penemuduga apabila mereka mendengar banyak kali kita menjawab "saya tidak kesah" maka soalan trick keluar iaitu : kalau awak tak diterima kerja di sini bagaimana?

haa.. tak kan nak jawab "saya tak kesah". confirm tiada kesungguhan dan pastinya tertolak.

Tidak banyak songeh jika diterima bekerja, maka jangan digambarkan dalam bentuk jawapan "saya tak kesah". Beritahu secara jelas dan nyatakan kesediaan untuk belajar dalam perkara baharu ketika bekerja.

Namun jangan pula over confident dalam menjawab sehingga nampak sangat "temberang" atau dianggap sukar hendak dikawal oleh pihak atasan. Ini pun possibility untuk ditolak.

Just, bagi mereka percaya bahawa anda seorang yang mampu bekerja dan boleh belajar dengan cepat dalam pekerjaan. Itu lebih baik.

Di sini, selain confident yang ada, mesti digabungkan dengan beradab. Biasa suasana melayu ni kena hati-hati dengan :

1. Aku makan garam dulu dari engkau.
2. Budak ini nak tunjuk pandai ke apa.

So, bersenilah dalam confident dan merendah diri.

Good luck kepada sahabat-sahabat yang bakal melalui temuduga di mana sahaja.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman.

Comments